-MENYEDIAKAN PELBAGAI JENIS KEK, CUPCAKE, MUFFIN, PUDING, COKLAT, APAM POLKADOT DAN SEBAGAINYA UTK PELBAGAI MAJLIS,MENYEDIAKAN HANTARAN DAN DOORGIFT BAGI PERKAHWINAN DAN PERTUNANGAN, KELAS MASAKAN DAN BAKERY.
Wednesday, November 28, 2012
Monday, November 26, 2012
serabai & serawa durian
BAHAN SERABAI :-)
500 g tepung beras
300 g nasi, kisar halus dengan sedikit air
1 liter santan, masak hingga suam
1 1/2 camca teh instant dried yeast
Garam secukup rasa
500 g tepung beras
300 g nasi, kisar halus dengan sedikit air
1 liter santan, masak hingga suam
1 1/2 camca teh instant dried yeast
Garam secukup rasa
BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK SERABAI :- Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi 2 jam (mat perap lama sikit). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang aduana tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaannya berbuih dan menghasikan lubang2. Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan keriang, boleh lah diangkat, hidangkan bersama kuah gula..
- UNTUK KUAH SERAWA :- Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
*************CREDIT TO CIK MAT GEBU :)
Sunday, November 25, 2012
cucur udang
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel
BAHAN SOS LADA :-)
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam
CARA MEMBUATNYA :-)
Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.
UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi
************credit to CIK MAT GEBU
Saturday, November 24, 2012
DONUT
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayur (shortening)
1/2 camca teh garam (yang ni mat tambah sendiri)
200 ml air suam*
2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
Sedikit lagi air (extra)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
- Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik (mat biarkan 45 minit).
- Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka...menghasilkan kurang lebih 17 biji donat...
***************credit to CIK MAT GEBU
Friday, November 23, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)